Friday, 14 November 2014

BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 1)

Langkawi (Day 1) 

Assalamualaikum and good day kalian!

Kali ni nak cerita mengenai percutian aku dan 'little family' ku ke Pulau Langkawi pada 6-9 November 2014 yang lalu.
Kami sekeluarga menaiki flight dengan harga tiket promo. RM 288 je untuk 2 Adults,1 kid. Kira murah la tu kan, kalau nak dicomparekan dengan road trip+ferry.

Flight pukul 9.45 pagi dan kami park kereta di Putrajaya Sentral seterusnya naik ERL ke KLIA.

Kereta sewa dan tempat tinggal aku dah siap book.

Memandangkan kakak aku ada conference di Langkawi, boleh la aku tong-tong sikit dengan dia. Hehe :)

Aku book hotel melalui pembelian groupon voucher di Bella Vista Ekspress. RM 245 untuk 2 malam (breakfast included) dan satu malam lagi aku tinggal di Sweet Inn Motel dengan bayaran RM 80/night (breakfast included).

Untuk kereta sewa, kami book melalui dia ni :

Rental car di Langkawi

Harga sangat berpatutan, kami sewa Toyota Corolla Altis untuk 5 hari, En A'zim ni bagi RM 70 (per day) kereta pun baru lagi, so total untuk rental car sepanjang di Langkawi ni adalah RM 350. Mungkin sebab bukan musim cuti sekolah, kalau tak harga mesti double. ;)

Kami tiba di bumi Langkawi lebih kurang pukul 11 lebih pusing-pusing dan lunch dulu sebelum check in bilik. Bilik di Bella Vista Ekspress ni luas, bole sumbat 2,3 orang lagi, cuma terletak jauh dari pantai tapi dekat dengan airport. 

Setelah berbincang d, kami sepakat ke Buffalo Park untuk our first destination.

Harga tiket masuk Buffalo Park adalah RM 3 (Mykad) dan disarankan untuk datang ke sini pada waktu pagi kerana banyak aktiviti menarik jika datang pagi.
Si ibu dan anak
Aktiviti yang boleh dibuat
Delicioso. Steak RM10.
Osobuko Grill RM 20. Murah dan sedap!
Produk-produk ni hanya dijual di Buffalo Park sahaja, kat tempat lain tak ada





                                             Aku dan kereta kerbau 

Kemudian, kami ke SkyCab Panorama Langkawi.Banyak aktiviti sampingan yang boleh dilakukan di Oriental Village di SkyCab ni selain cable car.

Kami memilih untuk menaiki Duck Tour sebab masing-masing tak pernah merasa naik Duck Tour. Harganya agak mahal, untuk 4 dewasa dan 1 kid RM 136. To be honest, Duck Tour ni 1st and last la ku naik. Hahaha. Bosan. ;p





Pemandangan cantik yang dapat dicapture sewaktu Duck ni bertukar jadi bot.




                                                                                      Bertukar jadi bot


Deretan Yachts

Minyak untuk yacht,perhaps?
Mulanya aku memang tak bercadang untuk naik cable car, sebabnya bulan March tahun lepas baru je naik. Memandangkan Ima (adik ipar kakak ku) yang baru pertama kali menjejak kaki di Bumi Langkawi belum pernah naik, aku pun merasa naik lagi. Hehe. Kali ni aku dapat saksikan keindahan sunset di Top Station. Untuk pengetahuan, harga tiket untuk naik cable car ni dah naik, tahun lepas kami pergi harga untuk Mykad holder RM 15 (Adult), tahun 2014 harga tiket untuk Mykad holder adalah RM 20 (Adult) mungkin disebabkan included Sky Dome yang baru dirasmikan pada September tahun ni. 

Sebelum naik Cable Car, tengok 3D movie 5 minit kat 360 Sky Dome ni

Sky Dome
3D movie @skydome
3D movie@skydome

Sampai dekat top station, teruja sangat nampak sunset yang cantik.


View dari top station di Gunung Mat Chincang
Indahnya! 

Gunung, bukit, pulau
Bubye! Till we meet again! ;p
Trip hari pertama selesai. Balik dari skycab dah malam, kami terus dinner dan balik membongkang tido. Esok nak pegi mana eh?! :D

Bersambung-----> BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 2)

No comments:

Post a Comment