Showing posts with label GILI TRAWANGAN. Show all posts
Showing posts with label GILI TRAWANGAN. Show all posts

Thursday, 16 October 2014

Day 3 : Lombok-Gili Trawangan-Senaru Waterfall

Lombok (Day 3)

Masih di Gili T. Terlambat bangun, tengok jam dah pukul 8.30 a.m. Matahari dah meninggi.huuu.

Nasuha masih dibuai mimpi. Cepat-cepat aku bangun, mandi dan terus bersiap. Kemudian packing barang.
Liat betul si Aiman Nasuha ni nak bangun, best agaknya tido, atau penat sangat main pasir kat pantai semalam. Breakfast disediakan di chalet ni, apalagi kalau bukan Banana Pancake, tapi tak sesedap pancake di Sonya Homestay. Hehee (^^)

Ok, it's time to say goodbye to Gili T. Sedihnya, dapat duk semalam je. Lain kali kalau diberi rezeki, akan tinggal lebih lama di sini. In sha Allah. 

Kami memulakan perjalanan seterusnya dengan menaiki public bot dari Gili T ke Pelabuhan Bangsal.

Pengalaman yang agak mengerikan bagiku naik bot time balik ni.

Bot yang kami naik agak lebih kecil dari bot sewaktu ku datang ke Gili T semalam. 

Fuhhh..mula-mula ok. Dekat tengah-tengah laut tu mula rasa cuak. Ombak beralun agak besar dengan saiz bot yang kecil, kecut perut jap. Cepat-cepat aku tengok bumbung bot, mengira berapa life jacket yang ada. Rasa memang tak cukup life jacket dengan penumpang yang ada dalam bot tu. Aku dah pegang tangan laki ku, siap suruh dia tengok atas kira life jacket yang ada. Aku tak pandai berenang.  Hahaha. Dalam hati baca doa banyak-banyak agar cepat sampai dan selamat. 

Dalam setengah jam camtu, baru sampai di pelabuhan. Alhamdulillah, selamat. Syukur sangat. :)

Kami terus ke tempat parking motor. 
Start our journey to Senaru Waterfall. Perjalanan dari Bangsal ke Senaru agak jauh. Nasib baik kami laki bini bole bawak motor, tukar-tukar je kalau penat. :D

Sawah padi semasa perjalanan ke Senaru Waterfall
Masjid
Jalanraya agak bumpy di sesetengah tempat. Nasuha tido je atas motor. Sedap kena angin kot. 

Sawah padi bertingkat di bukit

Kalau tak silap, air ni dari waterfall. Ni di sekitar perkampungan di kawasan berbukit sebelum sampai di Senaru waterfall


Terdapat dua air terjun di Senaru , Air Terjun Sendeng Gile dan Air Terjun Tiu Kelep. Nak masuk ke dalam kawasan air terjun kena bayar tiket masuk Rp 5.000 seorang. Hati-hati di luar kaunter tiket ada scammers yang akan kata perlu guna guide untuk ke air terjun. BEWARE OF SCAMMER. Tak perlu guide ye kawan-kawan, dah ada laluan bertangga untuk ke waterfall. Hanya bayar tiket masuk je. Kami pergi ke air terjun Sendeng Gile je sebab dah tak larat nak jalan ke dalam sikit ke Air Terjun Tiu Kelep. Kalau sesiapa yang nak mendaki Gunung Rinjani, di Senaru ni starting pointnya.

Ya Allah!!! Rasa segar sangat mandi air terjun ni! Org local kata air terjun sini bole minum untuk awet muda kerana ianya dari Gunung Rinjani. Aku pun tadah sebotol dari air terjun yang berderu-deru turun ni. Heehee :D Sejuk airnya,macam air yang kita minum dari peti ais.




Tinggi tau air terjun ni! 



See! It's a rainbow! 
Kena tempias air terjun pun dah sejuk! 


Lama juga kami di sini. Sampai tangan Nasuha dah kecut baru balik.
Nak naik pulak satu dugaan sebab kena memanjat anak tangga. Turun laju, nak naik lambat! Haaa :D

Waktu di waterfal ni, terserempak dgn Malaysian family. Satu keluarga naik Gunung Rinjani. Bangga sangat.

Kami sampai Senggigi dalam pukul 6 lebih dah nak sunset time tu.

Sunset di Senggigi
Sampai di Senggigi, ingat nak withdraw duit. Cash tinggal sikit je, cukup untuk bayar airport tax balik esok je.
Aku pegi atm nak withdraw duit,tak bole plak, padahal dah aktifkan kad atm ni untuk international withdrawal. Cube lagi dekat atm cimb niaga x boleh, bnn x boleh. Semua tak boleh. Sudahh. Dah mula gabra..call la adik aku nak buat mcm mana. Call Maybank kata tak ada apa masalah.

Mungkin sebab kondisi kad atm aku yang dah lama, perhaps cip dia la tu kot. Pikir punya pikir takde idea dah ni. Huuhuu :( Time dok kalut ni la terserempak lagi sekali Malaysian family di waterfall tadi, nasib baik dorang laki bini sudi bantu kami. Aku transfer duit dalam akaun, then withdraw duit guna atm kad suami dia. Mula-mula cuba si Isteri (Kak Emy) punya Maybank atm kad, sama macam aku, tak bole juga. Kemudian, suami dia try pakai atm HSBC kalau x silap, nasib baik bole.

Ahamdulillah sangat. Syukur. Kalau takde Kak Emy and suami dia tak tau la nak buat apa.

Thanx Kak Emy sefamily! We owe you! Hanya Allah yang dapat balas. Semoga kak Emy sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberkati. :D

P/S : Lepas ni biar suami ku je yang simpan cash. Heehee :D

Lombok (Day 4) 





Friday, 10 October 2014

Day 2 : Lombok

Lombok (Day 2)

Assalamualaikum and hi all!!!

Ngeeee... Mood tgh rajin. :D

Pagi dah bangun sebab akan ke Gili Trawangan/Gili T today!!!
Penuhkan tank, breakfast dulu.

Si oren speda motor/scooter yang kami sewa
Sedapnya banana pancake ni.siap tambah lagi! ngee :D
Alhamdulillah, selepas kenyang dan check-out dari Sonya Homestay, kami teruskan perjalanan ke Pelabuhan Bangsal dengan scooter sewa. Jalanraya dari Senggigi ke Bangsal adalah di lereng bukit dan dapat lihat pemandangan laut dan pantai sepanjang perjalanan ni. Bestnya kalau naik scooter ni dapat berhenti tepi jalan je untuk tangkap gambar. Jangan terkejut, di pertengahan jalan akan ada kanak-kanak/remaja akan minta derma, bagi je berapa yang penting ikhlas tau! 

Kami park scooter di Pelabuhan Bangsal dengan kadar Rp 10.000 untuk 24jam dan ada guard jaga motor/scooter kat situ. 

Untuk ke Gili T, kami naik public boat harganya Rp 13.000 untuk seorang. Kanak-kanak macam Nasuha free. Dah cukup orang, baru boat akan gerak. 

Cidomo di Pelabuhan Bangsal. Salah satu transport utama di Lombok
Atas bot. Suha mula-mula okay. 
Public boat dari Bangsal - Gili T
Pastu mula la pening.
Naik boat lebih kurang 1/2 jam ke 45 minit sampai la destinasi yang di tuju ---> Gili Trawangan. Sepanjang naik bot tu, akan nampak Gili Meno dan Gili Air. Gili Meno dan Gili Air tak banyak accomodation. Mungkin sebab tu, orang ramai/tourist lebih tertumpu ke Gili Trawangan. By the way, banyak pakej untuk snorkeling ke ketiga-tiga Gili ni.

Jom layan gambar-gambar di Gili T. Kami bermalam di chalet Denaya Lodge, Rp 270.000 untuk one night.
Di Gili T hanya ada cidomo dan basikal sahaja sebagai pengangkutan. Banyak kedai untuk sewa basikal di pesisir pantai, ada yang single ride or double ride, agak mahal sewa untuk sehari. Lagi murah sewa speda motor di Senggigi.

Ada klinik
Ada mini panggung wayang

Tone kaler laut yang cantik
Cidomo
Berjemuran. Ada melukis, menulis, membaca.
Suha dan ayah main pasir
Nur Aiman Nasuha

Ruang makan Restoran
Tak boleh duk free, kena bayar
Denaya Lodge. Jalan ke dalam sikit dari pesisir pantai
Dalam bilik ada TV, aircond, mini fridge, bathroom, security box.
Luar bilik
Nasuha
Masjid, kedai makan, kedai runcit satu lorong dengan Denaya Lodge. Kedai makan sini lagi murah dari di pesisir pantai. Sedap gado-gado nya, minta bumbu (kuah) lebih sikit. Nyummeey! :D

Esok, kami akan ke Air Terjun senaru (Air terjun Sendang Gile).

Sambung  -------> Lombok (Day 3)