Entry ini adalah sambungan dari sini.
Perjalanan diteruskan dari Taiping menuju ke Penang.
Alhamdulillah, setelah melalui jem dan sesat mesat di Bandar Georgetown ni, sampai juga kami di Botanic Hill Lodge yang berharga RM 88/semalam dengan katil Queen with attached bathroom, bilik OK, bilik air besar dan bersih, ada TV, wifi laju.
Sampai Penang kalau tak pekena Nasi Kandaq memang tak payah mai la kan! Hahaha. So, untuk malam tu, kami pergi cari Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell sebabnya kebetulan 2 minggu sebelum mai Penang ni dah tertengok JJCM - Jalan Jalan Cari Makan, dok tayang makan-makan best di Penang dan restoran ini juga disenaraikan sebagai tempat makan best oleh Tripadvisor. Dengan berpandukan GPS, kami pun menempuh jem yg agak heavy malam tu Alhamdulillah dapat juga cari restoran ni, kalau tak kempunan hamba. ~~
Restoran agak kecil, padat tapi ada dua lot. Melilau juga cari tempat duduk sebab ramai dan penuh last-last dapat juga meja di lot kedua restoran ni. Hujan renyai sejuk-sejuk ni perut memang kena cari nasi. Aku order nasi beriyani lauk ayam, suamiku nasi kandaq, boleh tahan, sedap juga. Tapi, tapi, tapi aku suka Nasi Beratoq dekat dgn Masjid Kapitan lagi. Mungkin sebab kena beratur panjang kot tu yang buat hasilnya lagi sedap. Hahaha teori tak masuk akal. ^^
By the way, menu yang popular di Restoran Hameediyah ni rupa-rupanya murtabak. Nampak ramai org datang makan semata order murtabak je, bukan setakat Melayu, org Cina even pelancong luar negara pon dtg memang order murtabak sahaja. Kami tapau je murtabak satu, tank dah full tak boleh masuk lagi. Sampai bilik malam tu, sambil tengok final bola, kami mentekedarah murtabak pula, memang sedap pon, cicah bawangnya pon sedap pedas-pedas manis sikit, rasa rugi pulak beli satu jee. Hewhew.
![]() |
| Besar gila ayam tu |
![]() |
| Curi-curi tangkap orang buat Murtabak |
![]() |
| Laju je dia buat, isi banyak dan murtabaknya tebal |
Jom baca sambungan dari entry ini di sini pula.



No comments:
Post a Comment