Friday, 10 October 2014

Day 2 : Lombok

Lombok (Day 2)

Assalamualaikum and hi all!!!

Ngeeee... Mood tgh rajin. :D

Pagi dah bangun sebab akan ke Gili Trawangan/Gili T today!!!
Penuhkan tank, breakfast dulu.

Si oren speda motor/scooter yang kami sewa
Sedapnya banana pancake ni.siap tambah lagi! ngee :D
Alhamdulillah, selepas kenyang dan check-out dari Sonya Homestay, kami teruskan perjalanan ke Pelabuhan Bangsal dengan scooter sewa. Jalanraya dari Senggigi ke Bangsal adalah di lereng bukit dan dapat lihat pemandangan laut dan pantai sepanjang perjalanan ni. Bestnya kalau naik scooter ni dapat berhenti tepi jalan je untuk tangkap gambar. Jangan terkejut, di pertengahan jalan akan ada kanak-kanak/remaja akan minta derma, bagi je berapa yang penting ikhlas tau! 

Kami park scooter di Pelabuhan Bangsal dengan kadar Rp 10.000 untuk 24jam dan ada guard jaga motor/scooter kat situ. 

Untuk ke Gili T, kami naik public boat harganya Rp 13.000 untuk seorang. Kanak-kanak macam Nasuha free. Dah cukup orang, baru boat akan gerak. 

Cidomo di Pelabuhan Bangsal. Salah satu transport utama di Lombok
Atas bot. Suha mula-mula okay. 
Public boat dari Bangsal - Gili T
Pastu mula la pening.
Naik boat lebih kurang 1/2 jam ke 45 minit sampai la destinasi yang di tuju ---> Gili Trawangan. Sepanjang naik bot tu, akan nampak Gili Meno dan Gili Air. Gili Meno dan Gili Air tak banyak accomodation. Mungkin sebab tu, orang ramai/tourist lebih tertumpu ke Gili Trawangan. By the way, banyak pakej untuk snorkeling ke ketiga-tiga Gili ni.

Jom layan gambar-gambar di Gili T. Kami bermalam di chalet Denaya Lodge, Rp 270.000 untuk one night.
Di Gili T hanya ada cidomo dan basikal sahaja sebagai pengangkutan. Banyak kedai untuk sewa basikal di pesisir pantai, ada yang single ride or double ride, agak mahal sewa untuk sehari. Lagi murah sewa speda motor di Senggigi.

Ada klinik
Ada mini panggung wayang

Tone kaler laut yang cantik
Cidomo
Berjemuran. Ada melukis, menulis, membaca.
Suha dan ayah main pasir
Nur Aiman Nasuha

Ruang makan Restoran
Tak boleh duk free, kena bayar
Denaya Lodge. Jalan ke dalam sikit dari pesisir pantai
Dalam bilik ada TV, aircond, mini fridge, bathroom, security box.
Luar bilik
Nasuha
Masjid, kedai makan, kedai runcit satu lorong dengan Denaya Lodge. Kedai makan sini lagi murah dari di pesisir pantai. Sedap gado-gado nya, minta bumbu (kuah) lebih sikit. Nyummeey! :D

Esok, kami akan ke Air Terjun senaru (Air terjun Sendang Gile).

Sambung  -------> Lombok (Day 3)













No comments:

Post a Comment