Sambung cerita balik.
Pagi yang sungguh nyaman dan mendamaikan dengan hujan renyai-renyai membasahi bumi Ubud. Selepas bersarapan (kami hanya makan buah dan minum je,was-was) dan bersiap, kami sekeluarga memulakan langkah kaki seterusnya iaitu ke Lombok. Untuk ke pelabuhan Padang Bai, kami guna servis free shuttle dari guesthouse untuk ke bandar Ubud dan mencari bas menghala Pelabuhan Padang Bai. Bawah ni ada schedule dan harga tiket bas. Kalau nak tengok dolphin di Lovina boleh naik bas ni juga. Tapi make sure book tiket one day before nak pergi sesuatu tempat, takut bas penuh. Nama bas PERAMA TOUR.
![]() |
| Timetable and fare Perama Bus Tour |
Atas feri ada cafe, tempat solat (pening gak la solat atas feri,terumbang-ambing), tempat tidur pun ada (kena bayar lain, tak termasuk dalam tiket), toilet. So, sebelum naik feri beli la siap-siap makanan ada jual dekat pelabuhan Padang Bai tu sebab lebih kurang 4 jam baru akan sampai di Lembar (Lombok). Makanan di cafe feri tu mahal. Huuhuu. :p
![]() |
| Moments in Bali |
Kami sampai di Pelabuhan Lembar, Lombok lebih kurang pukul 5 petang, cadangnya nak naik cab (bluebird), tapi kena jalan kaki lebih kurang 300 meter ke jalan besar. Penat dan letih, then kami decide ambil supir je di pelabuhan dengan bayaran Rp.200.000 sehala ke Senggigi (Bagi ku mahal) tapi ok la kot sebab naik avanza. Perjalanan dari Lembar ke Senggigi ambil masa lebih kurang sejam. Sampai di Senggigi, kami walk in je di Sonya Homestay Rp.100.00 sahaja untuk satu malam. Homestay betul-betul basic, no TV, aircond, & breakfast superb siap minta one plate extra! :D
Malam after check in, kami jalan-jalan di Pekan Senggigi, kami sewa motor/speda/scooter selang beberapa kedai dari homestay. 1 day rental : Rp. 50.000. Then, melilau cari kedai makan, yang ada pun warung masakan minang, singgah je la masing-masing dah lapar. Sepanjang travel di Bali + Lombok ni aku suke sangat Sambal Ijo.Heheee :D Kenyang makan, kami round sekitar Senggigi. Singgah di satu selekoh, makan jagung bakar pula sambil ditemani bunyi pukulan ombak di pantai Senggigi.
Makan sudah, beli jajan pun sudah, round-round pun dah, time to sleep pulak.
Esok pagi nak ke Gili Trawangan. Tak sabar!!! :D
Sambung Lombok (Day 2)
| Klasik. Sebab bakar pakai sabut kelapa |
| Jagung bakar with serbuk cili (Pedas tapi sedap!) Nasuha x boleh makan |
Makan sudah, beli jajan pun sudah, round-round pun dah, time to sleep pulak.
Esok pagi nak ke Gili Trawangan. Tak sabar!!! :D
Sambung Lombok (Day 2)


No comments:
Post a Comment