Sunday 28 December 2014

BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 4)

Sambungan dari BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 3)

Maaf entry ni ringkas dan pendek je.
Saja nak abiskan hari-hari terakhir kat Pulau Helang ni.

Pagi-pagi lagi sebelum azan subuh lagi aku dah bangun. Sejuk sangat, hujan tak berhenti dari malam tadi. Hari ni hari terakhir kami di bumi Langkawi untuk tahun 2014. Sementara nak tunggu hari cerah untuk breakfast, aku kemas dulu apa yang patut. Flight balik jap lagi pukul 3. Tak de apa pun yang boleh kami buat sebelum tunggu flight balik, cuma nak jalan-jalan di tepi pantai Cenang je kot. Dalam pukul 8 lebih aku anak beranak keluar breakfast, yang ada hanyalah roti, bihun goreng, nasi goreng. Not many variety, rasa pun so-so je, boleh la takat nak isi perut waktu pagi. Kemudian kami ke Pantai Cenang, menikmati pemandangan pantai pagi Ahad yang agak suram ni. Nasuha suka pantai, laju je lari pergi kat air. Tak ramai orang pun di pantai pagi tu.





Gloomy

Basah abis Cua oi! Dah la baru pas mandi. Tak pasal kena mandi lagi.

Pukul 12 kami check out dari motel. Makan tengahari kat Marrybrown airport je, dah tak sempat nak cari nasi campur.

Bye Langkawi! Moga dapat bertemu lagi. Tamat sudah cerita ku di Langkawi untuk tahun 2014 ni. Harap dapat beri info serba sedikit kepada yang sudi membaca.

Apa lagi la 2 beranak ni.
Bye! 




Friday 26 December 2014

BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 3)

Langkawi (Day 3)

Sambungan dari BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 2)

Hari ni merupakan hari ketiga aku berada di Langkawi.  Main activity kami pada hari ini adalah Island Hopping. Antara pulau-pulau yang terlibat dalam Island Hopping ini adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar (Eagle Feeding) dan Pulau Beras Basah (Mandi-manda dan boleh buat aktiviti air).

Kami beli pakej Island Hopping ni di depan AB MOTEL seperti yang telah diberitahu di entry lepas. Pagi ni kami dah siap-siap check out dari Bella Vista Ekspress dan selepas island hopping nanti akan check-in di Sweet Inn Motel. Cuaca pagi agak mendung dan hujan renyai-renyai. Tapi Alhamdulillah masih boleh buat aktiviti Island Hopping, ini la nasib kalau dah perginya hujung-hujung tahun, hujan memanjang. Takpe.takpe hujan rahmat.

Pulau Dayang Bunting is our first destination.

Dah tiba di jeti Pulau Dayang Bunting  satu hal pula sebab nak sampai ke Tasik Dayang Bunting kena berjalan naik turun tangga jauh juga. Untuk warga tua, tak digalakkan, tapi kalau nak nengok juga tasik kena la tahan kaki tu. Hehe ;)

Last year aku pegi sini dah puas mandi-manda. Hari ni kami semua nak menikmati pemandangan naik paddle boat je. Sewa paddle boat RM30.

Haa. Nak bagitau, on the way nak ke tasik akan jumpa banyak monkey-monkey sepanjang jalan. Jangan show off sgt beg-beg plastik yang ada makanan, nanti tak pasal kena sebat. Kalau ada beg plastik, better masuk dalam beg je.
Comel je bawak baby dia. 
Kalau ambil pakej di AB Motel akan dapat pelekat kaler hijau macam yang lekat kat baju Cua tu.
Ramai je orang mandi-manda. Kalau takut lemas boleh sewa life jacket. Tengok tasik tu hijau je kan. Mesti dalam. 

We on paddle boat



Penat oi naik tangga.
Bye tasik!
Selepas di beri masa sejam sahaja di Tasik Dayang Bunting, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya, iaitu Pulau Singa Besar. Dekat sini kami tak turun boat pun. Cuma menyaksikan puluhan ekor burung helang sambil tekong boat kami tu feed eagle-eagle ni dengan ayam. This activity is called eagle feeding. :D 









Pulau Langkawi terkenal dengan Burung Helangnya.
Setelah ber'eagle feeding' lebih kurang setengah jam, kami menuju ke Pulau Beras Basah. Di sini banyak juga aktiviti yang boleh dibuat, ada banana boat, jet ski dan boleh mandi. Cuma nya di sini tiada toilet.


Pulau ni kalau tak dijaga mungkin akan tercemar. Banyak sampah sarap. Sama-sama la kita jaga.
Selesai sudah aktiviti Island Hopping untuk hari ni. Penat-penat ni mula la lapar kan.  Hari baru pukul 12 lebih, tak bole nak check-in lagi, dekat depan surau jalan nak ke motel ni ada gerai makan. Kami pun singgah je le sebab dah lapar sangat. Nasib baik ada nasi campur. Lauk tak banyak biasa-biasa je, lauk kampung mcm ikan goreng, ayam goreng, kari ikan, sayur, ulam-ulaman.  Tapi bila time nak bayar, ambik kau! Memang cekik darah. 4 org kami makan tengahari RM 48. Memang dia hentam kaw kaw. Lepas dah makan, kami ke motel untuk check-in.

Perkarangan Sweet Inn Motel
And this is our room





Bilik comel lote je, yang penting bersih! Murah je RM 80 semalam. Ok la kan.

Lepas dah mandi solat semua, kami ke Coco Valley, iaitu duty free mall sebelah Underwater World Langkawi. Kakak ku dan Ima nak cari barang sikit sebelum balik, flight dorang petang pukul 7 nanti. Dah habis beli apa yang patut, kami try pula handmade ice cream ada dalam mall tu juga. Rasa macam unik cara dorang buat ice cream tu. Dah lama dah handmade ini ada kat Malaysia, aku je ketinggalan rupanya. Huhu. Kalau ada sesiapa yang nak try rasa ice cream ni di Langkawi, boleh tgk fb page FANTASY ICE CREAM MALAYSIA ni. worth trying.

Dekat atas ni -18'c kalau x silap.




Mine is OREO flavor
My sister have her KOKO crunch flavor
Sebelum ke airport, kami sempat lagi singgah makan kat Laksa Power.

Sedap lagi Laksa Power ni compare dgn Laksa Ikan Sekoq. Kuah pun pekat sikit.
Ada jual rojak juga. Tapi hati-hati pilih kang tak pasal terkejut beruk time bayar. Hehe :p
Malam tu tinggal kami anak beranak je, pergi la ronda-ronda pekan Kuah tu pun kejap je sebab hujan lebat. Itu sahajalah untuk hari ketiga aku di bumi Langkawi.

Sambungan --> BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 4)

Monday 17 November 2014

BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 2)

Langkawi (Day 2)

Sambungan dari BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 1)

Setelah bersiap, kami turun dan bersarapan dahulu sebelum memulakan perjalanan untuk hari ini.

Sebenarnya tak plan nak pergi mana atau buat apa pun untuk hari ni, main redah je. Setelah bincang, kami pun ke Pantai Cenang survey harga untuk Island Hopping atau Kilim. Kami ambil pakej Island Hopping dengan harga RM25 seorang di AB MOTEL. Sebelum ni pun mmg kami ambil pakej disini sebab harganya lebih murah berbanding tempat lain. Sempat juga kami singgah di Pantai Cenang. Nasuha seronok betul dapat main air kat pantai.




Excited sungguh dapat main air 
Nak pergi island hopping pagi ni tak sempat, sebab jam dah pukul 10 pagi. Untuk pakej Kilim dan Island Hopping aktiviti bermula pada pukul 9 (sesi pagi) manakala pukul 2 (sesi petang) bergantung pada kondisi cuaca. If hujan, laut bergelora mereka akan batalkan aktiviti dan pulangkan duit balik.

Kemudian, kami ke Makam Mahsuri. 

Entrance Fee : RM 5 (Adult)-Malaysian

Beberapa langkah dari pintu masuk akan melalui sekumpulan gadis yang bermain gamelan.


Kemudian, akan nampak replika ni.



Dan akan lalu tempat jualan souvenir dan makanan, lepas tu baru lah ke Perkampungan dan makam Mahsuri.

Cuha dengan kipas ala-ala Amber (Sofia  the First)
Makam Mahsuri
Jom kita layan gambar-gambar di persekitaran Makam Mahsuri ni.





Potret Mahsuri


Kukuq nyoq ka cheq?! ;p

Dapur dulu kala 



Mahsuri
Untuk awet muda. Wallahualam.  

Ada jual air botol dari perigi Mahsuri. Sebotol RM2.





Begitulah gambar-gambar suasana di Kota Mahsuri. Panas membahang bumi Langkawi ni, berpeluh-peluh si gajah (aku). Hehee :D Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengahari. Kami memilih untuk isi perut tengahari tu di Gerai Laksa Ikan Sekoq tepi airport.


Ni le Laksanya! 
Kami order 3 Laksa Ikan Sekoq, 1 Rojak Pasembor, 3 cendol, dan 1 air kelapa. Total semua = RM 33.
Rasa laksa, bole la kot bagi ku dan kakak ku. Tapi tak berapa nak ummphh sangat kalau nak dibandingkan dengan Laksa Power tepi airport ni jugak. Mungkin yang menariknya sebab ada ikan sekoq tu. Tapi worth trying. Cendol mabeles, kena pulak makan tepi laut angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Hehee ;p

Petang lepas Solat Jumaat, aku cari bilik untuk check-in esok. Melilau cari, yang kat tepi Pantai Cenang semua fullhouse. Nasib baik Alhamdulillah dapat juga, tapi bukan le yang tepi pantai.

Untuk nak habiskan saki-baki petang yang ada, kami ke Kompleks Beras Terbakar. Sangat mengecewakan sampai sini, sebab Beras Terbakarnya dah tak ada.  Last year pergi masih ada lagi semangkuk beras terbakar dalam almari kaca, kali ni pergi memang tak ada langsung. Yang meriahnya kat sini barang-barang souvenir, kain batik, kain pelekat dan baju-baju. Kena tukar nama Kompleks Duit Terbakar ni, abis duit. Hihi ;p


Dah beli souvenir, sopink dan mengurut (suamiku), kami pulang ke hotel.

Tengah rehat-rehat kat bilik, Nasuha tiba-tiba ajak  'Ibu, jom kita mandi swimming pool'.


Model Majalah Mangga Edisi Khas ;p

Malam tu kami dinner di Melor Cafe. Bestnya di restoran ni, nasi goreng dan aneka sambalnya. Yes, sambal! Ada macam-macam jenis sambal, sambal ayam, sambal udang, sambal telur dan sambal sotong dimakan dengan nasi goreng ikan bilis rangup, mantap! ;p

Nasi Goreng biasa je pon.
Aku pilih sambal ayam.
Masakan goreng yang lain pun ada di sini. Sangat recommended tempat ni. Jangan lupa try okeh!

Jalan dah, sopink dah, makan pun dah. Masa untuk merehatkan diri pula la ye. Esok kami akan ke Island Hopping! :D

Bersambung---> BEAUTIFUL LANGKAWI (DAY 3)