Tuesday 10 June 2014

Day 3 : Bali

Bali (Day 3)

Assalamualaikum.
Hari ke-3 di Bali.
Kami decide nak ke uluwatu sebelum ke Ubud,isi perut dulu sebelum tu.hihi.
Kami makan di salah sebuah restoran berhampiran roundabout. Restoran Minang apa entah,tak berapa ingat.Harga makan disitu utk 3 org mkn Rp.76.000.Halal tau! ;)

  Pilih mana satu lauk korang nak,sambal ijo tu sedap! (gambar blurry)
                        
Kami ke uluwatu naik sepeda motor yg sewa kat guesthouse dan berpandukan gps phone je.

Warning! Dah sampai uluwatu temple tu,watch out dgn si monkeys yg ada kat situ. Kesian Nasuha,dia punya spek kena ambil dek monkey,menangis melalak anak aku.huhu. If nak pujuk monkey utk pulangkan balik barang kita, kena bagi tukaran dengan apa-apa. So,klu nk dtg bwk la pisang k. ;)

Harga tiket masuk temple ni, Rp 30.000 utk 2 org.Nasuha FOC.

Ramai org kata, kalau nak tonton Kecak Dance di Uluwatu lagi bagus sunset dan viewnya berbanding tempat lain. Harga utk Kecak Dance, Rp100.000 per person.
Kami tak berkesempatan nak tengok,mungkin lain kali. Heehee.


Kami di persekitaran Uluwatu. Ombak kat bawah tu look scary.
Then,kami ke Ubud dan bermalam untuk semalam je di  Pajar House Ubud dimana aku telah book melalui www.booking.com. Untuk one night stay, harganya Rp 375.000. Servis di Pajar House ni sgt tip top,walaupun sedikit jauh dari centre of Ubud. Di sini mereka ada tawar servis percuma untuk hantar/pulang ke/dari bandar Ubud dan juga free bike rental kalau nak jalan-jalan perkampungan sekitar Ubud ni. :)







 Best,sunyi & nyaman je Pajar Ubud House ni! :)
Rasa ralat pulak stay semalam je kat Ubud ni. Mmmm..maybe next time akan dtg lagi. Hehe ;)

Di Bandar Ubud ni ada famous Monkey Forest. Aku tak pergi sebab seriau monyet kat Uluwatu yang amik spek anak aku tu pun tak abis lagi. :D Compare to other places in Bali, aku rasa Ubud ni ramai Mat/Minah salleh dari orang-orang asean macam kita ni. Mungkin sebab Ubud ni more to nature ada sawah,hutan,monyet etc dan malam nya agak happening.


To be continue from Bali ---> Lombok (Day 1)













Monday 9 June 2014

Day 2 : Bali

BALI (DAY 2)


Semalam sebelum balik, Miko cakap pukul 8.30 pagi  dia ambil kami untuk pergi Kintamani. 
Memandangkan dah penat, pukul 2 pagi baru boleh tido, alamatnya kami semua terbangun lambat. Pukul 9 pagi baru kami gerak, nasib baik Miko ni memahami. Huhu. Breakfast makan roti bawak dari kg halaman dan maggi je pagi tu. Kena isi perut sebab perjalanan ke Kintamani ni agak jauh. Tour kami hari tu bermula dengan melawat Galeri membuat barangan perak, Galeri Batik dan Galeri Lukisan. Galeri Perak dan Batik tu kami tengok je,tak beli apa pun. Tapi kat Galeri Lukisan ada la beli satu lukisan. Galeri lukisan ni terletak kat Ubud. Kat Ubud ni banyak hasil-hasil kraftangan masyarakat bali. Rambang mata juga tengok lukisan kat situ, cantek-cantek! :)


Tapi yang censored pun banyak gak.uhu. :D
Macam ni.



Tapi kat sini, memang kena bargain. Harga yang mula-mula dorang letak tu memang tinggi, aku bargain dari Rp 500,000 sampai la dapat harga Rp 200,000 je. 


Lepas dah grab satu lukisan, kami pun ke Kintamani dan makan berlatar belakangkan Gunung Batur. Sebenarnya kami was-was gak nak makan, sebab sepanjang perjalanan ke sini tengok banyak signboard babi guling,satay babi dan juga kebetulan ada lori babi lalu. Huhu. Tapi si Miko kata restoran tu halal,kami pun yang lapar ni makan la,buffet lagi tau. Tapi rasa menyesal kot ambik buffet sebab kami makan sikit je, baik ambik ala-carte mahal plak tu. Rp 360,000 untuk 2 org makan! Hadoi. 



Sejuk & Nyaman 
Perut pun dah kenyang apa lagi, time to ZzzzZ... Haha. 

Kemudian, kami dibawa ke tempat buat kopi atau spesifiknya Kopi Luwak. Luwak tau kan? Laki aku cakap cam ala-ala musang tu. 

Ni lah tempat Kopi Luwak tu
Sepanjang perjalanan ke sini, ada banyak tempat yang hasilkan kopi luwak ni. Ramai orang cakap kopi ni dari najis Luwak tu, tapi guide aku kata memang dari najis Luwak tu tapi bahagian/lapisan yang paling dalam sekali atau bahagian terasnya. So, tak kena langsung pun najis Luwak tu. 

Khusyuknya dengan penerangan! :D

Selain dari kopi Luwak, ada tanaman lain ditanam disini dan dicampur dalam kopi. 


Ni vanila 

                        Nenek memanggang biji kopi                                     
Nak jugak menumbuk kopi 2 beranak ni!
                                        

Hasil menitik peluh tumbuk kopi tadi. Hehe. :D Yang ni free je,tester.
Dalam banyak-banyak kopi tu aku suka Kopi Vanilla & Kopi Kelapa, Nasuha suka Lemon-tea. Tapi tekak kami memang x bole masuk kot Kopi Luwak ni.


Kopi Luwak Rp 50, 000
Next, kami ke Tegalalang. Yang padi bukit tu. Waktu kami pergi, padi dah di tuai, tak menghijau sangat viewnya. Tapi tetap awesome dengan ciptaan Allah ni. 





Kat sini ada banyak kedai jual souvenir. Aku pun beli la 10 free 1 fridge magnet harganya Rp 40,000. 

Okay, masa untuk pulang. Banyak juga kami skip dalam tours ni antaranya Barong and Kris dance dan Tampaksiring. Kami tak singgah Jimbaran makan seafood pun sebab rasa letih sangat. So, aku and laki aku decide sewa motor dari guesthouse dan pusing-pusing Kuta cari kedai makan.

Dalam pukul 8.30 malam, kami pun naik motor jalan-jalan cari makan. Pusing punya pusing, last-last makan kat Ayam Betutu. Mahal gak makan kat sini. Rp 96,000 untuk 3 orang makan. Tapi anak aku tak makan pun, tekak dia tak serasi kot, lagipun dia ni tak makan pedas sama cam ayah dia. Kalau aku, aku telan je, tolak batu ngan kayu macam laki aku selalu cakap. Haha. :D

Licin kau! Pedas tau Ayam Betutu ni tapi sedap.
Lepas makan, kami cari kedai jual sim card, dan beli la SIMPATI dengan harga Rp 12,000 + Rp 10, 00 pulsa (topup) = Rp 22,000. Tapi best pakai sim ni, on internet 24 hours pun tak turun-turun pun kredit. Cuma time call and sms je tolak kredit. Aku pakai Rp 10,000 ni je sepanjang trip ni. Murah kan? 


Hard Rock Cafe Bali
Kalau nak park sepeda motor kat Kuta Beach ni kena bayar Rp 2000 ye. 

Sekian. Bersambung Bali (Day 3)









Sunday 8 June 2014

Day 1 : Bali

Bali (Day 1)

Assalamualaikum.

Hehe. Bestnya! Hari ni aku, husband and Nasuha (anak aku) akan bercuti ke Bali dan kemudian ke Lombok. First time kot pergi ober the sea ni. Flight kami pukul 8.30 mlm. Memandangkan waktu di Bali and Malaysia tak ada beza pun, tak payah la kan pening-pening nak tukar waktu bagai. So,pukul 6 ptg kami naik ERL dari Putrajaya Sentral mintak tolong adik aku and hubby dia hantarkan.

Flight dr Bali to Denpasar (Bali) dalam 3 jam. Dalam pukul 12 camtu baru sampai,Alhamdulillah.

Turun je dari kapatebang tu ada bus pick-up, nasib baik la.kalau tak,memang jauh gak kot nak jalan. Sebelum pasport dicop,kena isi arrival and departure card. Departure card tu kita simpan k untuk balik nanti.

Dah settle semua, pegi lah kat tour guide kami,btw tour guide ni search kat fb je pun : tyo utama guide bali, dan memang dah bagitau awal-awal suruh ambil kan kat airport,memandangkan first timer kan. Huhu.



Yang belah kiri tu tour guide kami,Miko orang dari Jawa. Laki aku apa lagi berspeaking jawa la kan. Haha.  Belah kanan tu laki aku. :D Kami amik tour sehari je dan ambil Kintamani Tours je. Sehari tour tu bersamaan Rp 300,000. Murah la,sebab naik avanza dah la kami bertiga je. Kalau ramai-ramai,lagi boleh jimat.

Ok,lepas dah keluar airport tu, time to check-in Anika Melati Guesthouse. Aku book guesthouse ni kat BOOKING.COM, murah je dalam RM 53/per night! (Murah kan!) Haha. Kami duk sini 2 malam je,dan sangat lah dekat dengan airport. So, sesuai la kalau sesapa yang flight awal pagi atau yang sampai tengah malam.

Ni la ghope guesthousenya



Guesthouse ni ada buat cooking class untuk balinese food.






Sambung Bali (Day 2)