Wednesday 14 January 2015

TAIPING (2014)

Assalamualaikum dan hai semua!

Walaupun rasa agak lewat tapi nak wish juga, Selamat Tahun Baru 2015!

And this is my first entry for year 2015!

Cerita pergi Taiping ni rasa lapuk dah, tahun lepas punya cerita. haahaa! Macam lama bebenor pulok ye.  Ni cerita Bulan Disember aritu, me & my little family berkesempatan ke Taiping, itu pun sebab attend perkahwinan adik iparku dengan isterinya orang Gunung Semanggol. Rumah dia dekat sangat dengan Bukit Merah Laketown Resort, family belah laki ku sewa homestay di salah satu apartment dalam Bukit Merah tu juga. Tengok keadaan kat Bukit Merah tu macam abandoned pun ye walaupun waterpark dia masih ada, dan aku dah ingat tak ada tempat untuk bermalam, aku pon pre-book Tune Hotel Taiping, kalau tau dah ada tempat nak stay, tak ada la ku sibuk2 book kat Tune, jimat sikit ye dak? Dan, TH Taiping ok la, bersih, tahap security pon tip top, berdepan dengan Tesco, senang kami jalan kaki je g makan except kalau nak g Bandar Taiping tu jauh sikit, kena ada transport.

Kami sampai agak lewat, tak sempat nak g Night Safari zoo Taiping,huhu! 

Menariknya Bandar Taiping ni sebab bangunan dia banyak yang lama-lama dan bagiku unik, and many other attraction you can find here in Taiping, ada Maxwell Hill, Taman Tasik Taiping, Zoo and Night Safari dan macam-macam lagi kot kalau di Google. Pagi esoknya, sebelum cari breakfast sebab TH tu tak sedia breakfast, aku singgah jap ke Taman Tasik, rupanya besar tau Taman ni, ramai sangat org jog, senam aerobik, kira macam salah satu outdoor family activity kalau weekend. Sempat tangkap gambar sikit kat Taman Tasik ni. Yang attraction lain aku tak sempat nak pergi dah kalau perginya adhoc mcm ni, tak sempat nak survey bagai. Mungkin lain kali will do. InshaAllah! Selama berada tak sampai sejam di Taman Tasik ni, sempat ku tangkap gambar sikit buat kenang-kenangan. Jom la tengok gambar serba-serbi kat Taman Tasik Taiping ni. Hehe ^^






Hijau jeee!



Lepas kami sekeluarga breakfast dan bersiap, kami bergerak menuju ke rumah pengantin menghadiri majlis persandingan dan kenduri. Tol Taiping-Gunung Semanggol adalah sebanyak RM 1.80.  Pada sebelah petang pula, kami meneruskan perjalanan ke utara, dah alang-alang tu kami pun memanjangkan langkah, ehh silap2-silap mmmuahahaha memanjangkan meter kereta ke Penang. Untuk pertama kalinya aku lalu Jambatan Kedua Pulau Pinang, iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara dengan jaraknya 24km.

Sambungan entry ini di SINI