Friday 30 October 2015

BUDGET TRIP TO SINGAPORE-Main mission USS

Assalamualaikum and hi everyone!

Kali ni aku nak cerita sikit experience dan moment sewaktu mengunjungi Kota Singa pada bulan Mac lepas, ini merupakan kali pertama aku menjejaki negara jiran ni. Aku dan keluarga (family kecilku, adik-adik, biras, sepupu dan mak) pergi ke sana by road dengan 2 buah kereta. Kiranya short trip je dan main mission nya adalah bermain permainan di Universal Studios Singapore (USS).  

Sebelum itu, kami dah tempah siap-siap tiket masuk USS ni di FB:Ekyn Tour & Vacation dengan harga RM 130 (Adult) & untuk Nasuha RM 120 (kid) tapi harga-harga ni without meal ye, sebab tu murah sikit. Pada tengah malam 6 Mac kami bertolak dari rumah menghala ke Johor Bharu (JB) dan merupakan kali pertama juga aku menjejaki negeri Johor ni. Kami tiba di Terminal Bas Larkin lebih kurang pukul 5 pagi dan sampai je sana kami terus park kereta di seberang jalan sebelah Terminal Larkin, kalau tak silap dengan harga RM 5 semalam. Selepas bersiap dan solat kami tunggu bas SBS Transit diterminal berkenaan untuk menyeberangi tambak ke Singapura,  tiba di CIQ(imigresen Malaysia) semua di kehendaki turun dan naik ke atas bangunan CIQ untuk urusan pasport dan perlu ingat kena simpan tiket bas sewaktu naik tadi elok2, kerena selepas cop kena turun pula dari CIQ dan naik bas tadi semula untuk ke Singapore Immigration. Di atas jambatan seberang ke Singapore ni, banyak kenderaan nak masuk ke sana, kami duduk dalam bas ni sejam juga nak sampai ke Immi Singapore. Sampai disana benda pertama perlu di ingat kena fill up arrival/departure card sebelum cop, kalau belum fill up lagi buang masa je beratur. Kemudian, turun balik dan naik bas SBS yang sama, memandangkan kami beli tiket bas terus ke stesen akhir  iaitu Queen Street maka berjam juga la kami berada di atas bas, kalau tahu turun je MRT Kranji lagi senang. Lesson learned :)

Kemudian, turun je bas kami menapak lagi menghala ke MRT Bugis, kami naik disini sebab nak beli tourist pass untuk public transport.
Sumber google
Ada dua jenis pass, satu jenis tourist pass biasa mcm yang atas ni lagi satu jenis warna merah, tourist pass plus.
Tourist pass biasa ni perlu letak deposit, kami duk sini semalam je so kami ambil untuk 2 days ($10 (deposit + $16 = $26) nanti bila dah nak balik pulangkan semula kad ni di MRT station dan akan dapat balik deposit $10 tu. Kalau nak lebih details boleh refer web ni thesingaporetouristpass

Selepas berhempas pulas naik bas, turun bas, naik tren, tukar tren kami pun sampai di tempat yang dituju, Universal Studios Singapore. Jangan lupa ambil map USS dulu sebelum masuk kerana ada 7 zon yang perlu di lawati. Dan dalam setiap zon tersebut ada show dan permainan. Di bawah ini adalah hanya beberapa gambar yang kami sempat jejak di setiap zon.



Sesame Street Studio
Untuk show, kena alert dengan showtimes.

Cewah :p


Sewa wheelchair untuk Mak, takut Mak tak larat jalan



New York Street
By the way, sebelum kami masuk dan main permainan-permainan disini kami dah makan siap-siap di food court bersebelahan dengan globe Universal Studios (bahagian luar USS). Kalau nak pergi toilet dinasihatkan untuk bawa botol sebab tiada paip air dan lagi satu disarankan bawa extra air/botol (kat dalam ada water cooler boleh refill) untuk minum. Gambar-gambar seterusnya di bawah berdasarkan zon-zon yg ada dalam USS ni. Check it out.

SCI-FI CITY


Battlestar Galactica, tak dapat ride masih under maintenance 
The accelerator
Our first ride, Accelerator



Alamak, tertangkap gambar mereka plak. Hehe
Kami ter-miss Transformer the Ride. Tak alert tengok map.


ANCIENT EGYPT

Kemudian, kami ke next zon iaitu Ancient Egypt.

K.A.M.I.









Di Ancient Egypt ni, kami naik the famous Revenge of The Mummy tu. Hahaa, ride yang sangat menakutkan bagi aku.


THE LOST WORLD

Pengalaman paling best di Lost World adalah menaiki Jurassic Park Rapids Adventure, malangnya kamera tidak dibenarkan masuk jadi  tiada gambar untuk ride ni. Naik Rapids Adventure akan basah sedikit baju, so kalau tak nak basah dinasihatkan bawa baju hujan atau beli dalam USS (mahal sikit la) ataupun selepas ride ada mesin pengering,pun agak mahal kena bayar tapi tak pe, tak akan basah lenjun pun, in fact cuaca waktu kami pergi agak panas, cepat je baju kering balik.

Kering baju aku lepas naik Dino-Soarin dengan Cua
Memandangkan Nasuha tak dibenarkan untuk naik Rapids Adventure atas faktor ketinggian, jadi aku temankan Cua naik Dino-Soarin yang sangat sesuai untuk kanak-kanak.


FAR-FAR AWAY

Sampai je kingdom far-far away ni rasa macam seolah berada di kawasan istana. Di kingdom ni, kami hanya sempat menonton 4-D Shrek Adventure yang mana bagi aku show ni tersangat lah best. Mak Cua pun rasa seronok apatah lagi Cua kan. Hehee :)






Dalam 4D teater. Semua dah bersedia dengan cermin mata masing-masing.
Yang bestnya, waktu Donkey bersin keluar hingus sampai dapat rasa hingus tu macam melekat dekat muka, euwww. ;p 5 star aku bagi untuk 4D Shrek movie ni, sangat sesuai untuk semua lapisan umur, sangat funny dan excited.


Watch out for Ogre guys! :)
Berehat sebentar sebelum ke zon seterusnya
Ibu dan anak

MADAGASCAR


Untuk zon ni pula, aku rasa memang sesuai kanak-kanak macam Cua. Permainan dalam zon ni pun light-light je. Kami naik boat ride yang dinamakan A Crate Adventure.

In Madagascar Land, Cua why soo serious tengok map tu?! Hehe :)
Cua on the boat


                          Cua enjoying her boat ride 




HOLLYWOOD ZONE

Sebelum pulang, kami bernasib baik sempat menonton Sesame Street-When I Grow Up pada showtime yang terakhir iaitu pada pukul 5.40 petang dan bernasib baik tak perlu beratur panjang terus masuk dan duduk. 
See! Kena alert dengan showtimes. Kalau tak, melepas. Hehee :)

When I grow up. Again, Nasuha paling teruja. :)

Waktu petang tu juga kami sempat bergambar dalam Meet and Greet session dengan beberapa karakter.

Marilyn Monroe

Yang ni tak berapa kenal nama karakternya.

Sempat juga kami cover 6 dari 7 zon, hanya New York zon tak dapat kami cover. Di New York zon ada Lights, Camera, Action hosted by Steven Spielberg dan juga Sesame street Spaghetti Space Chase ride. Walaupun tak dapat nak merasai semua rides dan show yang ada di USS ni, kami sangat enjoy dan salah satu moment yang tak dapat dilupakan. Mungkin next time kalau dapat jejak sini akan ambil 2 day tiket atau VIP tiket supaya tak perlu beratur panjang. Untuk makanan halal dalam USS ni kami tak berapa pasti, tapi berdasarkan pembacaan blog lain terdapat satu sahaja restoran halal iaitu Oasis yang terletak di dalam zon Ancient Egypt.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan tren kami ke tempat penginapan iaitu JOYFOR Backpacker Hostel yang terletak di Geylang Road. Aku tempah 8 katil untuk kami semua dalam satu bilik. Untuk makan malam, aku, sepupu dan 2 orang adik ku keluar membeli makanan berdekatan Sultan Mosque memandangkan restoran Muslim di sebelah tempat penginapan dah tutup. Yang lain-lain termasuk Mak berehat di bilik. Kami hanya menaiki bas untuk ke sana dan perkhidmatan bas di Singapore ni sangat punctual. Cadangnya ingin juga kami menyinggah ke Sultan Mosque tetapi malangnya masih dalam renovation, memandangkan hari pun dah lewat terus sahaja kami ke Zam Zam Restoran yang terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kami berempat makan di restoran tersebut dan bungkus untuk yang lain.

Murtabak Singapore. Aku rasa a bit dry and so-so je.
Esok kami masih ada beberapa tempat yang nak dilawati di sekitar Kota Singa sebelum berangkat pulang ke Puncak Jalil. 



Sambungan Singapore Day-2