Tuesday 24 February 2015

PENANG TRIP (II)

Penang (Part 2)


Dalam cerita Penang (Part 1) ni, aku dah pekena nasi kandaq + beriyani + murtabak dekat Restoran Hameediyah, Lebuh Campbell. Entry kali ni pula nak cerita jalan-jalan campur ada la makan sikit-sikit. Pagi tu lepas dah siap breakfast dan urusan check out bagai, kami pun meneruskan perjalanan round-round area Penang. Tempat pertama kami hari tu, Batu Feringgi. Teringat pulak dulu waktu kecik-kecik selalu datang berkelah sini dengan family dan sepupu sepapat, time tu dok kat Penaga, Seberang Perai. Tak best sangat cuaca waktu kami di Penang ni, kejap mendung kejap gerimis, tak bole nak mandi laut. Lalu disalah satu lorong beberapa meter dari Hard Rock Hotel, kami park kereta kami sebelah motorhome kaler biru, ingat tak guna lagi dah motorhome tu, nampak macam dah buruk, rupanya milik Germany couple yang dah travel dari German cross beberapa buah negara sejak tahun 2010 lagi. Impressed sekejap time tu. Lama betul dorang travel, umur pun dah tua, si suami umur 50-an yang si isteri nama Tina dalam 40-an dan dorang ada anak umur 2yrs+. Nasuha nak mandi laut, tapi hujan. Kami berteduh kejap dekat bawah canopy motorhome couple ni, sembang-sembang dengan mereka memang impian mereka nak travel satu dunia pakai motorhome, dan starting travel waktu anak lelaki mereka 6months camtu. Tahun ni dorang dah kena tamatkan traveling sebab bak kata husband dia German tak allow parents untuk homeschool, mesti kena pergi sekolah start anak umur 3 tahun. Dorang balik naik flight dari Bangkok dan akan kargo je motorhome dari Bangkok. Pastu tanya kat dorang negara mana yang susah dan leceh nak cross, dorang kata China sebab kena pakai num plate China dan kena ada escort. Kagum betul bila dengar cerita-cerita masa travel couple ni. Tak sempat nak jenguk dalam motorhome dorang. Anak dia dah pandai melukis dan menulis. Walau travel lama-lama pun dorang memang utamakan pendidikan anak-anak. 

Motorhome Germany family 
Tekun bebenor si Elyah anak dorang ni melukis. Comel. 
Kuda ni RM 20 per ride
Lepas dah ucap goodbye dan wish safe journey dekat mereka, kami anak-beranak memulakan pemanduan ke Georgetown, cadangnya nak pergi street art tu. Dalam perjalanan nampak pula orang jual laksa penang dan mee goreng, singgah kejap isi perut tengahari tu. Lokasinya di Masjid Jamek Tanjung Bungah.  

Makan mengadap masjid 
Mee goreng yang pertama laki ku bedal
Laksa Penang 
Mee Goreng kali kedua si bini pula bedal 
Not bad, sedap bole tahan sebab tu order mee goreng sampai 2 kali, walaupun dah makan Laksa diatas. Haha ^^ 

Next, berpandukan GPS phone, kami ke Penang Street Art di Georgetown. Hujan masih renyai-renyai, kami decide untuk parking di salah satu bangunan di Little India sebab nampak signboard bole Park dan tak payah bayar@free, untuk ke street-street yang ada wall painting pun tak jauh dari bangunan tu. Jom layan gambar-gambar yang aku ambil. Subjek utama dalam gambar adalah Nasuha, sebab dia pakai baju belang-belang kena dengan latar belakang wall paint yang kusam dan kreatip tu. Hehe. 






Ibu suka gambar ni Cua

Amboi! Cekcinya. ;p


Cua dah tak larat jalan. Ayah jadi mangsa kena dukung.
Tak habis explore sekitar ni pon, rasa macam banyak lagi wall painting. Kalau nak senang, boleh rental bicycle, along the streets banyak je kedai-kedai yang tawarkan rental bicycle harga pun affordable. Hari dah nak petang, kami takut sampai rumah lambat sangat nanti. Lain kali kalau datang Penang lagi kena sewa basikal dan pusing-pusing sampai lebam. Kami teruskan perjalanan pulang ke Seri Kembangan@rumah kami, dengan melalui jambatan kedua for 2nd time. Sebelum tu, kita pekena rojak buah sama cendoi dulu. Hehe.  
Rojak Buah
Makan mengadap pulau apa entah ni
Sampai di rumah lebih kurang 12 lebih tgh malam, lambat sampai sebab jem kat Plus Highway, accident sikit je, jem nya berkilo-kilo kilometer. Haihh. Ok, itu sahaja short trip di Penang yang dapat aku kongsi. Have a nice day guys! :) 














Tuesday 3 February 2015

PENANG TRIP (I)

Penang (Part 1)

Entry ini adalah sambungan dari sini.

Perjalanan diteruskan dari Taiping menuju ke Penang.
Alhamdulillah, setelah melalui jem dan sesat mesat di Bandar Georgetown ni, sampai juga kami di Botanic Hill Lodge yang berharga RM 88/semalam dengan katil Queen with attached bathroom, bilik OK, bilik air besar dan bersih, ada TV, wifi laju.

Sampai Penang kalau tak pekena Nasi Kandaq memang tak payah mai la kan! Hahaha. So, untuk malam tu, kami pergi cari Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell sebabnya kebetulan 2 minggu sebelum mai Penang ni dah tertengok JJCM - Jalan Jalan Cari Makan, dok tayang makan-makan best di Penang dan restoran ini juga disenaraikan sebagai tempat makan best oleh Tripadvisor. Dengan berpandukan GPS, kami pun menempuh jem yg agak heavy malam tu Alhamdulillah dapat juga cari restoran ni, kalau tak kempunan hamba. ~~

Restoran agak kecil, padat tapi ada dua lot. Melilau juga cari tempat duduk sebab ramai dan penuh last-last dapat juga meja di lot kedua restoran ni. Hujan renyai sejuk-sejuk ni perut memang kena cari nasi. Aku order nasi beriyani lauk ayam, suamiku nasi kandaq, boleh tahan, sedap juga. Tapi, tapi, tapi aku suka Nasi Beratoq dekat dgn Masjid Kapitan lagi. Mungkin sebab kena beratur panjang kot tu yang buat hasilnya lagi sedap. Hahaha teori tak masuk akal. ^^

By the way, menu yang popular di Restoran Hameediyah ni rupa-rupanya murtabak. Nampak ramai org datang makan semata order murtabak je, bukan setakat Melayu, org Cina even pelancong luar negara pon dtg memang order murtabak sahaja. Kami tapau je murtabak satu, tank dah full tak boleh masuk lagi. Sampai bilik malam tu, sambil tengok final bola, kami mentekedarah murtabak pula, memang sedap pon, cicah bawangnya pon sedap pedas-pedas manis sikit, rasa rugi pulak beli satu jee. Hewhew. 

Besar gila ayam tu
Curi-curi tangkap orang buat Murtabak
Laju je dia buat, isi banyak dan murtabaknya tebal

Jom baca sambungan dari entry ini di sini pula.